• Semangat Karena Allah

    Dalam menjalani hidup banyak sekali cobaan yang datang menimpa, tapi semuanya harus di jalani dengan ikhlas.. harus Semangat Karena Allah (SEMANGKA)


Kamis, 02 Februari 2012

0

Keajaiban Alquran, jawaban di balik rahasia Piramida


Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembinaan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?


Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Al-Quran Telahpun Mempunyai Jawapan

Jika dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan perkara ini 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah ayat Al Quran yang berikut:

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ

“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta.”
(Al-Qasas: 38)



Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri dari batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari olahan tanah liat.





Artikel kajian yang diterbitkan oleh majalah “Journal of the American Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi.

 Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan ini akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.  


Profesor Davidovits

Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.

Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy Demortier berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”


Piramid Bosnia


Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, “Piramid Matahari” dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.



Gambar di atas menunjukkan kaedah tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik Rom ataupun Firaun.






Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman dahulu, juga dibina dari tanah liat. Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika, mahupun Perancis.

Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.
Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.

Kenyataan ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah swt yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.

Rakyat Marhaen

Wallahu’alam….
0

Rahasia Sains Dibalik Khalwat bukan Mahram


Larangan untuk tidak berkhalwat (berdua-duaan) antara seorang lelaki dan wanita yang bukan mahram selama ini dipatuhi seorang mukmin sebagai ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Tapi, jarang dari kita yang mengetahui sebab ilmiah disebalik perintah itu.

Kenapa hal tersebut dilarang dan dianggap berbahaya oleh syariat Islam? Bahagian tubuh kita yang mana yang ternyata berpengaruh terhadap keadaan khalwat itu?
Baru-baru ini, satu kajian membuktikan bahaya berkhalwat tersebut.

Para penyelidik di Universiti Valencia menegaskan bahawa seorang yang berkhalwat dengan wanita menjadi daya tarikan yang akan menyebabkan kenaikan sekresi hormon kortisol. Kortisol adalah hormon yang bertanggung jawab terjadinya stres dalam badan. Walaupun subjek kajian cuba untuk melakukan kajian atau hanya berfikir tentang wanita yang sendirian denganya hanya dalam sebuah simulasi kajian. Namun hal tersebut tidak mampu menghalang tubuh dari perembesan hormon tersebut.
“Cukuplah anda duduk selama lima minit dengan seorang wanita. Anda akan mempunyai perkadaran tinggi dalam peningkatan hormon tersebut,” inilah penemuan kajian saintifik baru-baru ini yang disiarkan di dalam Daily Telegraph!

Para saintis mengatakan bahawa hormon kortisol sangat penting bagi tubuh dan berguna untuk prestasi tubuh tetapi dengan syarat mampu meningkatkan perkadaran yang rendah, tetapi jika meningkat hormon dalam tubuh dan berulang terus proses tersebut, maka yang demikian boleh menyebabkan penyakit serius seperti penyakit jantung dan tekanan darah tinggi dan mengakibatkan diabetes dan penyakit lain yang mungkin meningkatkan nafsu seksual.


Bentuk yang menyerupai alat proses hormon kajian tersebut berkata bahawa stres yang tinggi hanya berlaku ketika seorang lelaki berkhalwat dengan wanita asing (bukan mahram), dan stres tersebut akan terus meningkat pada masa wanitanya memiliki daya tarikan lebih besar! Tentu saja, ketika seorang lelaki bersama-sama dengan wanita yang merupakan saudaranya sendiri atau saudara dekat atau ibunya sendiri tidak akan berlaku kesan daripada hormon kortisol. Seperti halnya ketika lelaki duduk dengan seorang lelaki, hormon ini tidak naik. Tetapi hanya berlaku ketika bersendirian dengan seorang lelaki dan seorang wanita bukan mahram.

Para penyelidik mengatakan bahawa lelaki ketika ada perempuan asing disisinya, dirinya dapat membayangkan bagaimana membina hubungan dengannya (jika tidak emosional), dan dalam kajian lain, para saintis menekankan bahawa situasi ini (untuk melihat wanita dan berfikir tentang mereka) jika berulang, mereka berisiko untuk mengidap penyakit kronik dan masalah psikologi seperti kemurungan.

Nabi saw mengharaman khalwat

Kita semua tahu hadis yang terkenal yang mengatakan: “Tidaknya ada orang yang seorang lelaki berkhlawat dengan wanita kecuali syaitan adalah yang ketiga, hadis ini menegaskan diharamkannya berkhalwat bagi seorang lelaki dengan wanita asing atau bukan mahramnya. Kerana itu Nabi saw melalui syariat ini menginginkan kita mengelakkan banyak penyakit sosial dan fizikal.
Ketika seorang beriman mampu mengelakkan diri dari melihat wanita (yang bukan mahram) dan mengelakkan diri dari berkhalwat dengan mereka, maka dia mampu mencegah penyebaran amoralitas dan dengan demikian melindungi masyarakat dari penyakit wabak dan masalah sosial, dan mencegah individu dari pelbagai penyakit.

Oleh: Abdul Daim Al-Kahil
Wallahu’alam….
Sumber

iklan

iklan
Tantangan terbesar adalah melakukan apa yang orang lain tidak mampu melakukanya.